2 Jun 2012, 12 Rejab 1433H, dengan lafaz Bismillah, blog saya 'Fariez Studio ', telah tertubuh secara rasminya. 'Art & Heart', telah saya pilih kerana ingin menggabungkan kedua-dua elemen supaya menjadikan sesuatu design yang telah dicipta itu mempunyai cerita yang membawa kita mengimbau kenangan manis telah kita lalui sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung yang mana diterjemahkan dalam bentuk grafik tetapi masih mempunyai maksud yakni tersirat dan tersurat.
Apa yang boleh saya katakan, tujuan utama blog ini ditubuhkan, hanyalah sekadar ingin berkongsi minat saya terhadap dunia penciptaan grafik, dan juga berhahap ianya sebagai titik permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Blog ini juga tercipta diatas dorongan dan sokongan yang tidak putus daripada keluarga tercinta serta sahabat yang tersayang.
Ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang dipaparkan dalam blog saya ini adalah hasil ciptaan dan rekaan saya sendiri dan tidak menciplak hasil kerja serta design daripada blogger yang lain tidak kira ianya secara langsung ataupun secara tidak langsung. Jika terdapat mana-mana design yang dipaparkan dalam blog saya ini mempunyai persamaan ataupun telah dikesan sebagai menciplak hasil kerja orang lain, diharapkan sahabat handai yang singgah di dalam blog saya ini dapatlah sekiranya menegur saya serta memberikan komen dan pendapat untuk saya memperbaikinya dari semasa ke semasa, Insyaallah akan saya terima dengan sewaras-warasnya.
Akhir kata daripada saya, sudi-sudikanlah untuk menjenguk dan singgah dalam blog saya yang boleh saya kata masih baby ini, dan untuk kesekian kalinya saya war warkan bahawa segala cadangan serta pendapat daripada sahabat handai sekalian amat dialu-alukan.
Sekian, Wassalam..
++FariezStudio++

No comments:
Post a Comment