1001 perasaan yang menyelubungi diri, memang tak dapat digambarkan...Namun segala perit jerih, aku gagahi jugak, hinggakan aku selesa bertugas disana. Namun, apabila selesa dengan mereka disana, dan di satu ketika, saya juga mahu untuk berada di samping keluarga, seperti mereka-mereka yang lain. Berkat doa ibu dan ayah ketika di tanah suci, saya berjaya ditempatkan semula di negeri kelahiran, secara rasminya pada 21 Januari 2013. Alhamdulillah, syukur
Namun, dalam gembira, pasti ada duka, pengalaman berada di tempat orang benar-benar berharga dan takkan mungkin saya luputkan dalam kamus hidup selama-lamanya...
