Tuesday, 5 June 2012

Kad Kahwin...Ms Farah

My click Ms Farah request untuk buat kad kahwin. Katanya nak yang simple je, so saya buat 2 design untuk dia, tapi dia tak pilih lagi which one she want. Hope she will like it. :).


Design 1:-




Design 2:-


























++FariezStudio++

Sunday, 3 June 2012

Merah itu Berani, Hitam itu Menawan

Dalam penciptaan sesuatu grafik, warna amat memainkan peranan yang penting. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza-beza serta pendapat. Ada yang beranggapan, dengan memilih warna-warna sejuk, mampu membuatkan hasil penciptaan kita mampu menenangkan jiwa si pencipta serta audien, dan apabila kita memilih warna-warna yang panas, ianya mungkin juga melambangkan perasaan kita yang sedang bergolak.


Masing-masing bebas untuk melontarkan pendapat dan idea masing-masing, dalam seni penciptaan, tidak ada betul atau salah. Setiap orang bebas untuk menginterpretasikan mood serta maksud sesuatu seni penciptaan grafik itu. 


Bagi saya sendiri, apabila kita di dalam arus pernigaan, kita harus mengikut citarasa audien atau pelanggan kita, kerana disitu adanya dua interaksi diantara penjual dan pembeli. Tapi, apabila kita menghasilkan sesuatu design
berdasarkan apa yang kita mahu dan hendak, maka lahirlah satu hasil seni yang mempunyai pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat yang mungkin dapat difahami oleh audien atau sebaliknya, seperti yang sering diungkapkan oleh sahabat saya, 'a picture is worth a thousand words'.


Saya memetik potongan lirik lagu daripada penyanyi lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, iaitu lagu Getaran Jiwa untuk dijadikan contoh. Dan untuk itu, saya menggunakan warna Merah & Hitam. Saya memilih dua tona warna ini kerana, bagi saya sendiri apabila dua warna ini digabungkan, ianya sangat menarik dan akan menjadi kelihatan sangat ekslusif dan mampu menarik perhatian audien. Ada berpendapat, Merah itu panas, dan Hitam itu sugul serta tidak ceria. Ianya memang klise, namun ianya bukan sebagai penghalang untuk dijadikan sebagai material yang bagus dalam seni penciptaan grafik. Pokok pangkalnya, depend macam mana kita hendak mengolah sesuatu penciptaan grafik itu serta tidak perlu takut untuk mencuba. ;)



Anak Kecil Main Api...


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Sekadar ingin berkongsi cerita, dengan tak sengajanya saya teringatkan saat dan ketikanya saya menghadiri kursus 'Bengkel Kerjaya' di UKM pada tahun 2002. Lama dah pun, 10 tahun dah berlalu, tapi masih segar dalam ingatan.


Saat kami diminta menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api...), kami menyanyikan dengan tiada perasaan, dan dengan tak semena menanya, kami ditengking, dimarahi dengan sekuat hati oleh fasilitator kami ketika itu. Sambil beliau memarahi kami, air mata beliau berjujuran. Menurut beliau, kami langsung tidak bersemangat, hambar, ibarat tidak sayangkan negara sendiri.


Kami di dalam dewan terpinga-pinga, dan kami diminta menghayati setiap bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu tersebut, dimana ianya mempunyai maksud yang sangat mendalam. Setelah diteliti, barulah kami mengerti, ianya berkisarkan perjuangan dengan diri kita sendiri dalam membela negara dan bangsa kita. Ianya sarat dengan mesej yang tersirat yang perlu kita rungkaikan di setiap bait-bait liriknya.


Kami didenda untuk menyanyikan lagu berulang kali sehingga beliau merasa puas, dan akhirnya kami berjaya menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat serta 1001 perasaan sebak didada...




























++FariezStudio++

Saturday, 2 June 2012

Selamat Datang, Rejab

Rasanya belum terlambat untuk saya mengalu-alukan kedatangan bulan Rejab, bulan Allah SWT. Rebutlah peluang yang ada untuk mempertingkatkan ibadah kepadaNya.
































++FariezStudio++

Birthday Wishes

Last minit design, birthday wishes for my sahabat @ ustaz =D ...sempat buat dalam tempoh 2 jam, Alhamdulillah beliau suka,walaupun terlalu simple. Selamat Hari Lahir Sahabat, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T. Amin~

Hijau merupakan warna kegemaran beliau, kerana dapat menenangkan hati dan jiwa, katanya. 











++FariezStudio++

Regular Customer

Since saya grad..until now, my sis adalah satu-satunya my regular customer.Tapi tak ambik payment pun, kate pun adik beradik..hehehe, just tolong mana yang mampu je. Tak la banyak mana pun yang saya buat design untuk dia, tapi ada la jugak. Ni antara my design untuk banner sekolah dia & her latest project. Cuma yang banner sekolah dia tu, softcopy tak ingat letak mana, cuma real pic je yang ada.

Banner :-

My sis request untuk buat this banner yang ceria, pastu kalau boleh nak kartun Upin Ipin,sebab dah bosan dengan kartun 'mat salleh' so ini lah dia hasilnya.
















Latest project:-

Ni latest project untuk my sis school, untuk kesekian kalinya, saya menggunakan khidmat Upin Ipin, sebab kena dengan tema ala-ala Patriotik.

Born Day

Assalamualaikum WBT...


2 Jun 2012, 12 Rejab 1433H, dengan lafaz Bismillah, blog saya 'Fariez Studio ', telah tertubuh secara rasminya. 'Art & Heart', telah saya pilih kerana ingin menggabungkan kedua-dua elemen supaya menjadikan sesuatu design yang telah dicipta itu mempunyai cerita yang membawa kita mengimbau kenangan manis telah kita lalui sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung yang mana diterjemahkan dalam bentuk grafik tetapi masih mempunyai maksud yakni tersirat dan tersurat.


Apa yang boleh saya katakan, tujuan utama blog ini ditubuhkan, hanyalah sekadar ingin berkongsi minat saya terhadap dunia penciptaan grafik, dan juga berhahap ianya sebagai titik permulaan untuk saya melangkah lebih jauh lagi dalam bidang ini. Blog ini juga tercipta diatas dorongan dan sokongan yang tidak putus daripada keluarga tercinta serta sahabat yang tersayang. 


Ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang dipaparkan dalam blog saya ini adalah hasil ciptaan dan rekaan saya sendiri dan tidak menciplak hasil kerja serta design daripada blogger yang lain tidak kira ianya secara langsung ataupun secara tidak langsung. Jika terdapat mana-mana design yang dipaparkan dalam blog saya ini mempunyai persamaan ataupun telah dikesan sebagai menciplak hasil kerja orang lain, diharapkan sahabat handai yang singgah di dalam blog saya ini dapatlah sekiranya menegur saya serta memberikan komen dan pendapat untuk saya memperbaikinya dari semasa ke semasa, Insyaallah akan saya terima dengan sewaras-warasnya. 


Akhir kata daripada saya, sudi-sudikanlah untuk menjenguk dan singgah dalam blog saya yang boleh saya kata masih baby ini, dan untuk kesekian kalinya saya war warkan bahawa segala cadangan serta pendapat daripada sahabat handai sekalian amat dialu-alukan. 


Sekian, Wassalam..
++FariezStudio++