Actually, pada mulanya deal business pasal blog, kak Shikin yang ade buat biz through online, request untuk 'cantikkan' blog die...tapi, maklumla, im a beginner too..so banyak yang nak kene study...
Kak Shikin ada la suruh jenguk2 blog die @ binishchoc.blogspot.com, so bila bukak tu, ade la offer die untuk buat logo for purpose of sticker, banner or whatever yang die nak..dan inilah hasil die...
Just a simple, a bit striking color sebab nak bagi mood yang ceria...Ape2 pun, up to her...kalau die x nak pun takpe.. :-)
Sahabat saya request untuk designkan simple banner untuk dia, bagi tujuan pembentangan dalam kelas, & who knows, maybe akan digunakan dalam his future business nanti??? :-)
So, saya dengan takde ideanye...buat lah mana yang termampu, hasilnya...ada tiga design yang keluar. Base design adalah sama, cuma warna dan ada pertambahan material...
Bergelar sebagai penjawat awam pada 18 Julai 2011, merupakan satu titik permulaan yang sangat besar impaknya dalam hidup saya. Sangat mencabar, sebab 1st posting terus diletakkan di satu negeri yang sangat asing bagi diriku, iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelate.
1001 perasaan yang menyelubungi diri, memang tak dapat digambarkan...Namun segala perit jerih, aku gagahi jugak, hinggakan aku selesa bertugas disana. Namun, apabila selesa dengan mereka disana, dan di satu ketika, saya juga mahu untuk berada di samping keluarga, seperti mereka-mereka yang lain. Berkat doa ibu dan ayah ketika di tanah suci, saya berjaya ditempatkan semula di negeri kelahiran, secara rasminya pada 21 Januari 2013. Alhamdulillah, syukur
Namun, dalam gembira, pasti ada duka, pengalaman berada di tempat orang benar-benar berharga dan takkan mungkin saya luputkan dalam kamus hidup selama-lamanya...
Ni salah satu video yang saya create, dah berkurun dan...Video ni dibuat mase zaman2 kolej lagi. Saje la nk apply ape yang dah belajar dulu...tak sangka dah bepuluh viewer (bangga la sikit, biarpun x famous mcm artis mee segera tuh...)
Theme video ni, final fantasy + background music, Siti Nurhaliza. Konon-konon time buat video nih, tengah jiwa kacau la kununnn...(hahahaha)... enjoy!
Buat kerja amal...design banner for Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Jab Kesihatan Negeri Sembilan. Design asal banner ni lain, tapi bila di publish, jadi lain, atas alasan saya menggunakan cebisan ayat suci al-quran, dan tak molek jika dijadikan banner, takut ade yang terpijak. So, audience setuju gantikan dengan gambar Qariah. Cuma yang tak bestnya...lembu punya susu, sapi dapat nama... xpe la kan. Katepun kerja amal.... -_-'
Pada asalnya design ni untuk kad kahwin die, tapi kekangan masa...menyebabkan saya tak dapat nak fullfil permintaan my sis untuk prepared her wedding card invitation..tapi saya gantikan dengan banner & sticker for doorgift utk design yang sedia ada..sorry ye kaklang. huhu...Anyway, Selamat Pengantin Baru.. :-)