Sunday, 14 July 2013

Semua Tentang Kita...It's all about memories...

Bergelar sebagai penjawat awam pada 18 Julai 2011, merupakan satu titik permulaan yang sangat besar impaknya dalam hidup saya. Sangat mencabar, sebab 1st posting terus diletakkan di satu negeri yang sangat asing bagi diriku, iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelate.

1001 perasaan yang menyelubungi diri, memang tak dapat digambarkan...Namun segala perit jerih, aku gagahi jugak, hinggakan aku selesa bertugas disana. Namun, apabila selesa dengan mereka disana, dan di satu ketika, saya juga mahu untuk berada di samping keluarga, seperti mereka-mereka yang lain. Berkat doa ibu dan ayah ketika di tanah suci, saya berjaya ditempatkan semula di negeri kelahiran, secara rasminya pada 21 Januari 2013. Alhamdulillah, syukur

Namun, dalam gembira, pasti ada duka, pengalaman berada di tempat orang benar-benar berharga dan takkan mungkin saya luputkan dalam kamus hidup selama-lamanya...







No comments:

Post a Comment