Sunday, 3 June 2012

Merah itu Berani, Hitam itu Menawan

Dalam penciptaan sesuatu grafik, warna amat memainkan peranan yang penting. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza-beza serta pendapat. Ada yang beranggapan, dengan memilih warna-warna sejuk, mampu membuatkan hasil penciptaan kita mampu menenangkan jiwa si pencipta serta audien, dan apabila kita memilih warna-warna yang panas, ianya mungkin juga melambangkan perasaan kita yang sedang bergolak.


Masing-masing bebas untuk melontarkan pendapat dan idea masing-masing, dalam seni penciptaan, tidak ada betul atau salah. Setiap orang bebas untuk menginterpretasikan mood serta maksud sesuatu seni penciptaan grafik itu. 


Bagi saya sendiri, apabila kita di dalam arus pernigaan, kita harus mengikut citarasa audien atau pelanggan kita, kerana disitu adanya dua interaksi diantara penjual dan pembeli. Tapi, apabila kita menghasilkan sesuatu design
berdasarkan apa yang kita mahu dan hendak, maka lahirlah satu hasil seni yang mempunyai pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat yang mungkin dapat difahami oleh audien atau sebaliknya, seperti yang sering diungkapkan oleh sahabat saya, 'a picture is worth a thousand words'.


Saya memetik potongan lirik lagu daripada penyanyi lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, iaitu lagu Getaran Jiwa untuk dijadikan contoh. Dan untuk itu, saya menggunakan warna Merah & Hitam. Saya memilih dua tona warna ini kerana, bagi saya sendiri apabila dua warna ini digabungkan, ianya sangat menarik dan akan menjadi kelihatan sangat ekslusif dan mampu menarik perhatian audien. Ada berpendapat, Merah itu panas, dan Hitam itu sugul serta tidak ceria. Ianya memang klise, namun ianya bukan sebagai penghalang untuk dijadikan sebagai material yang bagus dalam seni penciptaan grafik. Pokok pangkalnya, depend macam mana kita hendak mengolah sesuatu penciptaan grafik itu serta tidak perlu takut untuk mencuba. ;)



No comments:

Post a Comment